1,281 Jawatan Kosong, Tapi Hanya 252 Daftar


SIPITANG 22 Nov. – Hanya 252 pencari kerja di daerah ini mendaftar dengan ejen mencari kerja JobsMalaysia, berbanding 1,281 jawatan kosong yang direkodkan di daerah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Ahmad Bujang berkata, pendaftaran yang terlalu sedikit itu menyebabkan majikan terpaksa mencari pekerja dari luar daerah.

“Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah membangunkan JobsMalaysia bertujuan menawarkan perkhidmatan penjodohan kerja kepada semua lapisan masyarakat termasuklah golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bagaimanapun pencari kerja di Sipitang yang berdaftar dengan JobsMalaysia sehingga 26 Oktober tahun ini amatlah sedikit,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program penempatan pekerjaan daerah Sipitang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Enchana Ato dan Pegawai Daerah Sipitang, Abd. Wahab Abd. Hamid.

Menurut Ahmad, kekurangan pendaftaran tersebut bukan sahaja menyebabkan kekosongan jawatan tetapi menyukarkan kerajaan mengatasi masalah pengangguran di daerah ini.

Justeru katanya, masyarakat di daerah ini khususnya golongan muda harus merebut peluang pekerjaan yang wujud di daerah ini dengan mendaftar segera dengan JobsMalalaysia.

Sementara itu, beliau berharap rakyat negeri ini yang ingin bekerja di luar negara supaya mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi mengelakkan ditipu ejen pekerjaan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan Pusat Pengurusan Pekerjaan Luar Negara (MOMEC) di negeri ini.

“Tujuan MOMEC adalah untuk menyalurkan maklumat kepada para pekerja tempatan yang ingin bekerja di luar negara mengenai hak mereka dan langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku masalah di tempat kerja,” katanya.- Utusan Malaysia.

Other posts you may want to read:

  1. Banyak Jawatan di Johor Tidak Diisi
  2. Melaka Tawar 4,000 Peluang Kerja
  3. JKR Perkenal Kerja Dari Rumah
  4. Peluang Kerjaya di Jabatan Tenaga Kerja
  5. Cuepacs Akur Tiada Bonus Tahun Ini
  6. Bisnes Udang Terengganu Bakal Sedia Beribu Peluang Kerja
  7. 6,700 Jawatan Untuk Direbut di Johor
  8. 50,000 Jawatan Kerajaan Masih Kosong

Author's bio: Zul is the founder and principal contributor for the SKOR Career blog. He is the author of two books, The Malaysian Job Seeker's Dilemma and Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji (How to Make Money Without a Job), available in major book stores nationwide. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.




If you find the article above beneficial, may we ask you to share it with your Facebook friends through this one-click button?


Subscribe through email (weekly update):
Email:
Preview

1 comment so far ↓

#1 ewan on 01.02.10 at 12:56 pm

plez let me know if any job vacancies are availble

Reply

Leave a Comment