Jawatan Kosong 2007 (Julai & Ogos)

A. Jawatan Kosong di Bernama (kekosongan terbuka).

Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) adalah peneraju dan penyiar berita kepada suratkhabar, stesen stesen penyiaran, perkhidmatan wayar global dan internet. Bernama menjemput calon calon pekerja yang berwarganegara Malaysia untuk mengisi jawatan kosong seperti yang berikut:

1. Jawatan: Pegawai Tadbir (Gred N41)

Tugas utama untuk menjalankan aktiviti aktiviti dan tugas berkaitan pentadbiran, dokumentasi, pengurusan dan sebagainya serta tugas tugas lain yang selaras dengan jawatan yang dinyatakan. Kelayakan dan syarat syarat:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

2. Jawatan: Pegawai Pemasaran

Pegawai Pemasaran bertugas untuk tugas tugas memasarkan, memperkenal dan mengembangkan produk produk yang disediakan oleh Bernama dalam bidang Portal & E-Commerce. Jawatan diselia oleh Pengurus Kanan, Bahagian Portal & E-Commerce. Kelayakan dan syarat syarat:

  • Mempunyai Ijazah atau Diploma yang diiktiraf
  • Mempunyai personaliti dan komunikasi yang baik (Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia-penting)
  • Berpengalaman dalam bidang pemasaran dan jualan

3. Jawatan: Editor Sambilan

Bertugas melakukan tugas tugas suntingan secara sambilan dalam kedua dua bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kelayakan dan syarat syarat:

  • Mempunyai kemahiran yang fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Mempunyai pengetahuan am dan semasa yang paling terkini. Berpengalaman luas dalam bidang suntingan penulisan
  • Berkebolehan menghasilkan penulisan yang tepat dan bermutu tinggi
  • Mempunyai komitment berkerja pada sebelah petang/malam dan juga pada hujung minggu

Permohonan lengkap (Namakan jawatan kosong yand dipohon) beserta gambar dan salinan sijil-sijil hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah;

Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran
Tingkat 14, Wisma Bernama, No 28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga untuk jawatan yang dipohon)

B. Jawatan Kosong di Bank Negara Malaysia (kekosongan terbuka).

Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 dab adalah institusi perbankan sentral yang mengawal kadar tukaran wang, dan juga menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan isu perbankan dan kredit. BNM menjemput mereka yang mempunyai kelayakan untuk mengemukan permohonan dalam jawatan jawatan kosong seperti di bawah:

1. Jawatan: Pegawai Eksekutif Kanan

Kelayakan:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau Ijazah Sarjana (Masters) dengan keputusan Kelas Kedua Tinggi dan ke atas
  • Sekurang kurangnya kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM
  • Berwarganegara Malaysia dan berumur 35 tahun dan ke bawah

2. Jawatan: Pegawai Eksekutif

Kelayakan:

  • Sekurang kurangnya mempunyai Diploma dengan keputusan Kelas Dua Tinggi dan keatas
  • Kredit dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dalam SPM atau SPMV
  • Berwarganegara Malaysia dan berumur 35 tahun dan ke bawah

3. Jawatan: Personal Assistant/Pembantu Peribadi

Kelayakan:

  • Berkelulusan Diploma dari institusi yang diiktiraf dalam bidang Secretarial Science/Office Management (dengan keputusan Kelas Dua Tinggi dan keatas)
  • Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam SPM/SPMV
  • 2 tahun pengalaman dalam bidang setiausaha
  • Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
  • Berwarganegara Malaysia dan berumur 35 tahun dan ke bawah

Untuk memohon, sediakan resume, cover letter, sijil SPM dan transkrip peperiksaan dan gambar saiz foto, hantarkan kepada (namakan jawatan kosong yang dipohon):

Recruitment & Scholarship Section
Human Resource Management Department
11C, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga untuk jawatan yang dipohon)

Jika anda berminat untuk mendapat update mengenai tip tip serta jawatan kosong kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar email anda menerusi Feedblitz. Klik di sini untuk mendaftar.

Continental Buys Siemens VDO

A friend working in in Penang wrote to me yesterday that his company Siemens VDO is being bought over by tyre company Continental AG. The deal is said to be worth about 11.4 billion euros. The merger between Siemens and Continental will create one of the largest suppliers in automotive electronics in the world.

Continue reading →