5 sebab kenapa jawatan kosong kerajaan menjadi pilihan ramai calon pekerjaan:
1. Sekuriti kerja
Sekuriti kerja dicari cari oleh semua orang yang inginkan makan gaji.Tambahan lagi, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerjaya di sektor swasta boleh membawa risiko tatkala syarikat berhempas pulas menghadapi kekangan kewangan. Akibatnya, banyak organisasi, samaada syarikat multinasional atau syarikat tempatan yang terpaksa gulung tikar. Malah, syarikat terkenal dan sebesar Lehman Brothers pun turut lingkup.
Tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh pekerja pekerja melainkan mengosongkan laci dan pejabat. Syarikat syarikat lain seperti General Motors (GM), Sony, Microsoft dan Google juga tidak terlepas dari penangan kegawatan ini.
Di sektor awam, jarang berlaku pembuangan pekerja walaupun ketika ekonomi merudum. Malah, sewaktu kemelesetan ekonomi, kerajaan pula yang terpaksa menyediakan peluang kerjaya yang lebih memandangkan kekurangan peluang di sektor swasta.
2. Faedah pencen
Ya, pencen. Kerja sampai umur persaraan wajib, dan kemudian nikmatilah faedah pencen hingga ke akhir hayat. Setiap bulan bila sampai masanya, wang pencen akan masuk ke dalam akaun bank seolah olah anda masih bekerja dengan kerajaan. Selain pencen yang berupa wang, ada faedah faedah lain yang menanti, seperti kemudahan rawatan dan juga penggunaan fasiliti di pejabat pejabat dan aset milik kerajaan.
Untuk yang bekerja di sektor swasta, kebanyakan tidak menerima imbuhan pencen tetapi mempunyai akaun KWSP atau EPF. Berbanding dengan wang pencen yang diberi setiap bulan, wang simpanan tabung KWSP akan diberi secara langsam kepada pesara. Bergantung kepada kebolehan pesara ini menguruskan dan mengendalikan kewangan, kehidupan mereka samaada akan menjadi baik, ataupun sebaliknya sebuah mimpi yang ngeri.
3. Gaji lumayan
Dulu ramai pekerja di sektor awam dan kerajaan yang mengeluh kerana gaji yang sedikit dan tidak kompetitif seperti di sektor swasta. Kini anda tidak akan lagi dengar keluhan sebegini kerana keadaan sudah menjadi sebaliknya. Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji sebanyak dua kali dalam masa beberapa tahun yang lepas. Secara tiba tiba sahaja, ramai kakitangan kerajaan menjadi ‘orang kaya’ dan menerima limpahan kewangan yang berganda. Yang masih kurang cuma bonus tahunan tapi ini mungkin berubah dalam beberapa tahun akan datang.
Cuepacs, badan yang menaungi pekerja pekerja kerajaan tidak henti henti mengadakan rundingan serta mendesak kerajaan supaya terus menerus menaikkan imbuhan dan faedah faedah lain kepada kakitangan awam. Nantikan beberapa lagi pengumuman positif daripada pihak kerajaan dalam masa terdekat. Anda mungkin tersenyum lebar.
4. ‘Kerja tak sebanyak sektor swasta’
Walaupun ia hanyalah separuh mitos, ramai yang beranggapan kerja kerajaan lebih mudah daripada kerja di sektor swasta. Pada pendapat mereka, kerja kerajaan adalah kerja 8 pagi hingga 5 petang. Tidak lebih dari itu. Mereka tidak tahu bahawa terdapat sebilangan kecil pekerja yang terpaksa pulang lewat petang, malah membanting tulang sehingga malam atau dinihari untuk menyiapkan kerja.
5. Tak perlu fikir untung rugi
Tidak seperti syarikat swasta yang beroperasi dengan berpaksikan matlamat kewangan, jabatan kerajaan tidak perlu memikirkan untung dan rugi. Malah, segala bajet tahunan yang diberi kepada jabatan hendaklah digunakan sepenuh penuhnya. Jika bajet tidak habis digunakan, tahun depan bajet yang diberi akan berkurangan. Ini masalah! Jadi apa salahnya jika tahun ini kita anjurkan ‘kem’ di Langkawi atau di Bali. Maklumlah, bajet masih banyak. Inisiasif inisiatif seperti penjimatan perbelanjaan, jika ada, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Other posts you may want to read:
- Cuepacs Akur Tiada Bonus Tahun Ini
- Banyak Jawatan di Johor Tidak Diisi
- Kenaikan Gaji Lebih Kecil
- Kenaikan Pangkat Untuk Kakitangan Awam
- JKR Perkenal Kerja Dari Rumah
Author's bio: Zul is the founder and principal contributor for the SKOR Career blog. He is the author of two books, The Malaysian Job Seeker's Dilemma and Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji (How to Make Money Without a Job), available in major book stores nationwide. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.
If you find the article above beneficial, may we ask you to share it with your Facebook friends through this one-click button?



0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
Leave a Comment