50,000 Jawatan Kerajaan Masih Kosong


12 June 2009
Share

Sebanyak lebih 50,000 jawatan kerajaan perlu diisi sehingga akhir tahun ini, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini agak gusar tentang kepastian untuk mengisi semua kekosongan jawatan tersebut dalam masa yang diperlukan.

Menurut timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah, pihak kerajaan kini sedang menimbang pelbagai inisiatif baru untuk menarik minat calon calon berkelayakan untuk memastikan negara tidak ketandusan kakitangan yang berkaliber.

Daripada jumlah 50,000 itu, 5,000 kekosongan adalah untuk jawatan doktor, 5,000 jururawat, 300 jurutera dan 800 pegawai PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik), manakala selebihnya adalah jawatan sokongan daripada pelbagai kategori dan juga jabatan.

Dalam pada itu juga, kerajaan juga sedang menimbangkan untuk menambah jumlah pemberian biasiswa khusus untuk bidang perubatan untuk melahirkan lebih ramai tenaga perubatan terutamanya doktor dan juga jururawat, yang pada masa ini sedang mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja. Pemberian biasiswa ini akan diberi kepada pelajar pelajar yang mendapat tawaran pelajaran di dalam dan juga luar negeri.

Mereka yang berminat untuk memohon jawatan kerajaan dinasihatkan untuk menyemak laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang menjadi masuk utama kepada perjawatan dalam kerajaan.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKOR Career. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

11 thoughts on “50,000 Jawatan Kerajaan Masih Kosong

  1. sharon

    bukan kali pertama saya memohon kerja di SPA…. berkali-kali saya cuba sedaya upaya (6 bulan sekali)
    tetapi saya tidak menerima balasanya.

    Reply
    1. ART

      Saya pernah dipanggil oleh SPA interview utk JKR. Tapi lepas tu tak dapat. bila apply lagi sekali, sampai sekarang SPA tak panggil. Saya rasa, sistem ni pincang la.

      Lagi satu saya ada tau satu kes di mana ada orang dah kerja semi gov, PBT. Dia tak sambung kontak selepas 2 tahun sebab Tahap kecekapan ialah 59%. Tapi bila orang baru masuk ganti dia masuk, lepas 2 bulan, immediate bos sound semua pegawai suruh contohi kawan saya. Dia kata contohi la kawan saya, “Pegawai A paling bersih cekap amanah & jujur”

      Dia report kat MB dan MB sebulan lepas tu MB kata dah report ke BPR (Munafiq rupanya MB sebab lepas cek kat BPR, tak de pun dia report – MB dah jadi bekas MB.. hina betul MB ni. ) Member aku report kat BPA, lepas tu siap pergi jumpa lagi tapi BPA sampai la ni terhegeh2 – NATO. Dia mungkin nak hebah/cabar BPA kat mahkamah! Kalau tak mereka2 yg terlibat jawab le di akhirat…. Nauzubillah min zaalik…

      Kalau sesapa kat BPA ke ex MB tak puas hati, dia berani lawan .. tapi biar live on TV lepas tu.

      p/s: DS Najib suruh rakyat tampil bagi cadangan… My friend ni ada banyak benda yang dia boleh cadang, for JKR, LLM, TNB, PDRM dll. The only thing is that, will the PM hear or maybe Mamat ni kena ISA?

      Org melayu takkan kemana kalau hidup Benci membenci, degki mendengki & Khianat mengkhianati!
      Lu pikirlah sendiri

      Any response is welcomed!

      Reply
        1. jam

          haah I pun setuju…baru2 ni ada temu bual dgn org SPRM yg baru berkenaan dgn rasuah politik. datuk yg bertanyakan soalan mcm blurrr2 jer….
          org baru SPRM tu mmg tegas dlm mempertahankan
          fakta2nya.
          kalau btul PM telus dan tulus dlm menangani hal2 spt ni dihrp ianya taklah hangat2 tahi ayam ataupun pilih bulu…semua kena dilayan sama

          Reply
      1. zana

        betol2. saya ni dari abis sekolah thn 2004 sampai la ni x di panggil2. ada la br2 ni telah dipanggil untuk interview. tp sampai sekarang x de dgr2 crita. 2 pun dah bertahun2 baru dorang nk panggil intrvw. abis sok kalo dah kawin baru dorang panggil intervw dah x dterima lak sebb dah berstatuskan isteri. so cam ne? nak kate gov ni bagus pun x, nk kate x bgus pun tak.
        mana perginya slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan” tu?? sekarang ni pencapaian mmg dah didahulukan tapi rakyat x pernah didahulukan..haiiii. nasib2.. jangan lah terlalu memilih bulu sahaja. ni dgr crita semua pekerja kakitangan kerajaan semuanya di ambil dari suku2 kaum kakitangan sendiri. mane leh cam tu. x adil namanya. jangan terlalu memilih bulu.

        Reply
  2. lin

    betol tu …ssh la spa ni..lagipun kat malaysia ni kalau nak kerja dengan govt mmg susah… kalau status dah berkahwin mmg susah.. mcm mana kalau org yang baru dapat kerja then nikah…sama gak kan…??? i penah kena dulu…masa interview tiba2 org tu g tau jawatan ni hanya utk org single…. cis… ada ke? kalau da kabel besar je baru dapat keraja…ntahla mereka ni nak kroni sendiri kot yang bolot.

    Reply
    1. saleha

      sepatutnya, kerajaan mengutamakan orang yg telah berkahwin selain mempunyai kelayakan dgn jawatan tertentu. ini bagi membantu menaiktaraf kehidupan keluarga tersebut. bagi yang muda-muda tu, biarlah mereka sambung pelajaran sehingga ke peringkat tinggi. kemudian bila ilmu dah penuh di dada, barulah cari kerja yang sesuai. bantulah kami..

      Reply
  3. AMIRA

    salam..sy smpai skrg ni tak ada pgilan kerja dr mana pihak..rasanya dh byk jwtn kosong dr pelbagai pihak di pohon tp malang masih lagi tak ada respon. sabar lah menunggu..bukan rezeki sy lagi kot.

    Reply
  4. lily

    orang sekarang ini ramai yang suka pilih pekerja yang cantik dan ada perwatakan. tapi kebanyakkan pekerja yang macam itu, tidak dapat melakukan kerja-kerja dengan teliti, kemas, cepat dan berperaturan. saya sudah jumpa pelbagai pekerja yang macam ini. pekerja macam ini tidak layak bekerja.

    Reply
  5. banie

    salam..50000 jawatan dalam kerajaan.. masalahnya skg orng yang didalam gov pun masih bertaraf kontrak,ada yang 15 thn dah nak pencen pun ada,,,kenapa!ini terjadi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>