6,700 Jawatan Untuk Direbut di Johor


25 June 2009
Share

Jabatan Buruh negeri Johor akan menganjurkan karnival temuduga dan pengambilan pekerja secara besar besaran dengan menawarkan kira kira 6,700 jawatan kosong yang ditawarkan di seluruh negeri tersebut.

Karnival temuduga yang dirancang pada 26, 27 dan 28 June 2009 akan diadakan selama dua hari di sekitar Danga Bay dan Johor Bahru dan bakal melibatkan lebih 60 majikan.

Daripada jumlah bilangan 6,700 jawatan kosong yang ditawarkan, hampir 1,000 jawatan ditawarkan oleh jabatan jabatan kerajaan dari pelbagai sektor. Antara jabatan yang kini memerlukan kakitangan tambahan termasuklah Unit Perancang Ekonomi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Dewan Bandaraya Johor Bahru serta pusat pentadbiran wilayah pembangunan Iskandar.

Temuduga untuk sektor perkhidmatan awam akan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan pada 26 dan 27 Jun 2009. Calon calon yang berminat boleh hadir dengan membawa segala dokumen yang diperlukan semasa temuduga yang akan berlangsung dari jam 9 pagi dan berakhir 5 petang. Manakala temuduga untuk sektor swasta pula akan diadakan selama dua hari pada 27 dan 28 Jun bertempat di Danga City Mall.

Menurut pengerusi jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, M Asojan, buat masa ini lebih 4,000 orang telah mendaftar dengan Jabatan Buruh negeri Johor, namun bilangan tersebut masih belum mampu menampung jumlah kekosongan yang perlu diisi.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKOR Career. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

3 thoughts on “6,700 Jawatan Untuk Direbut di Johor

  1. sang_cput

    Adakah peruntukan jawatan kosong untuk Orang Kurang Upaya (OKU)?
    Ini kerana OKU sukar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun sebagai pelayan di restoran.
    Nama dan butiran telah lama diberikan kepada Jabatan Buruh negeri Johor tetapi sehingga kini
    masih gagal untuk memberikan jawatan.
    Akibatnya OKU tidak dapat meneruskan kehidupan dengan keupayaan yang sememangnya terbatas, tambahan lagi dengan tiada sokongan daripada masyarakat dan badan berwajib.

    Reply
  2. akeim

    salam……

    kenapa masih banyak kekosongan? (cadangan)

    1…. penyampayan maklumat tidak sampai kepada orang yang tidak bekerja
    2… tak pernah nampak mana2 iklan untuk information
    3… masa terlalau suntuk dan ramai org tak tahu akannya tempat tarih dan masa
    4… kenapa tak di war2 kat kat tv ker radio ker?
    5… perbaiki sistem penyampayan supaya sampai ke saluran sepatutnya

    Reply
  3. Apai

    Salam.

    Mohon sedikit info dan penjelasan dari pihak kerajaan. Adakah peluang untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang cacat pendengaran dan percakapan (Bisu & Pekak) untuk bekerja dengan kerajaan? Kalau ada kementerian mana atau jabatan atau sektor mana yang ada menawarkan peluang tersebut? Macam mana hendak memohon jika ada? Sebab setakat ini kerajaan hanya meng’uar-uar’kan sahaja tetapi hakikatnya tiada tindakan pun yg diambil bagi membantu golongan ini. Sila balas dan jelaskan isu ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>