7 Panduan Mengisi Borang Permohonan SPA8i

Share

7 panduan permohonan SPA8i

Borang SPA8i adalah borang permohonan perjawatan dalam kerajaan yang menggantikan penggunaan borang SPA8 yang diagihkan secara manual sebelum ini. Bermula tahun 2009, calon calon yang ingin memohon pelbagai jawatan dalam kerajaan tidak perlu menunggu sehingga keluarnya iklan di dada akhbar utama tetapi boleh mengisi secara dalam talian sepanjang tahun.

Berikut adalah panduan kepada calon calon yang berminat untuk mengisi borang SPA8i (boleh didapati di laman web Suruhanja Perkhidmatan Awam di sini):

1. Sebagaimana borang borang rasmi yang lain, segala maklumat yang diisi oleh pemohon hendaklah maklumat maklumat yang benar sahaja dan mereka yang mengemukakan maklumat palsu dan mengelirukan akan disenaraihitamkan, malah boleh diambil tindakan undang undang.

2. Setiap pemohon boleh memohon sehingga maksimum lima jawatan sahaja dalam satu borang permohonan. Permohonan (yang lengkap diisi) akan diproses secara berkomputer dan satu surat (dipanggil Surat Akuan Pendaftaran) akan dikeluarkan setelah proses permohonan siap. Calon yang membuat permohonan secara talian boleh menyemak status pendaftaran mereka selepas 3 hari bekerja (dengan memasukkan no. kad pengenalan).

3. Setiap permohonan hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan akademik tertinggi pemohon (samaada Ijazah/Sarjana/PhD, Ijazah & Diploma atau Ijazah & STPM, Diploma/Sijil, STPM/HSC, SPM/PMR/Separa Perubatan atau berkhidmat/KPSL. Setiap kelayakan mempunyai kategori berlainan dan datang dengan borang borang tersendiri.

4. Maklumat maklumat utama yang seperti pusat temu duga, negeri tempat lahir, taraf perkahwinan, keturunan dan alamat surat menyurat hendaklah diisi dengan lengkap.

5. Jika berjaya dipanggil untuk pusingan kelayakan yang seterusnya seperti peperiksaan dan temuduga, anda akan dihubungi oleh pihak SPA untuk menghadiri peperiksaan atau temuduga tersebut seperti yang dikehendaki. Bawa bersama segala dokumen yang diperlukan sewaktu menghadiri peperiksaan/temuduga untuk mengelakkan diri daripada dihalang meneruskan peperiksaan/temuduga.

6. Permohonan calon laku sehingga 1 tahun selepas pendaftaran. Sekiranya pemohon gagal mendapat maklum balas atau tidak berjaya dalam proses permohonan, mereka boleh mendaftar sekali lagi dan mengulangi proses permohonan secara talian di laman web SPA. Ini bermakna, pemohon hanya perlu menghantar permohonan sekali sahaja dalam masa satu tahun. Dalam sesi temuduga, anda juga perlu membawa resume bergambar untuk tujuan tersebut.

7. Sukatan peperiksaan adalah relevan dan bergantung kepada jawatan yang dipohon oleh calon. Calon calon hendaklah membuat persediaan yang sewajarnya sebelum menghadiri peperiksaan untuk meningkatkan peluang calon untuk lulus dan melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya.

Jika pemohon mempunyai keraguan dan perlukan pertolongan, mereka boleh menghubungi pihak SPA menerusi borang e-pertanyaan yang disediakan dalam portal SPA.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKORCAREER. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

5 thoughts on “7 Panduan Mengisi Borang Permohonan SPA8i

  1. cikgudee

    Maklumat sebegini amatlah baik, kerana kebanyakan pencari kerja hari ini, tidak tahu dimana nak dapatkan maklumat pekerjaan. Ada antara mereka, hanya bergantung kepada media perdana seperti surat khabar sahaja…

    Reply
  2. budakjohor

    salam… tp kbnyakannye.. ssah gak nk dapat tmuduge spa ni..
    spt kwn saye.. dah byk kali mhon..tp tawaran tmuduga pun xdpt2..lgkan twaran untuk bekerja..
    walaupun diorang dah ikut skema nak tulis borang spa ni..tp.. sye harap pihak spa beri perhatian lbh bg permohonan yang lbh berumur..skurang2 nya ade gak pngalaman berbanding yang lpasan universiti atau skola..salam….

    Reply
  3. Xanavil

    salam…….maklumat sebegini amatlah baik,tp dah bnyk kali mohon sampai sekarang tak ada jawapan daripada SPA…..Sampai bila kami nak menunggu tawaran untuk bekerja……saya harap pihak spa beri perhatian lebih bagi permohanan……

    Reply
  4. norizham bin rasidi

    saya seorang yang amat meminati agensi penguatkuasa maritim malaysia…bentuk badan semua sudah ada..tinggi cukp berat pun cukup..saya mempunyai stpm..tetapi sehingga hari ini masih tiada jawapan dari pihak APMM mahupun SPA..sy ingin tahu lebih lanjut tentang sistem kelayakan bagi STPM..sebab saya pernah pergi pada hari SPA bersama pelanggan,tetapi pegawai yang bertugas tidak dapat memberi jawapan atas alasan tidak mengetahui tentan bahagian unit beruniform..minta pihak berwajib berikan jawapan..

    Reply
  5. Azfieq Rafhaell

    herm…maklumat ne sngt b’gna..kakak sya yg dlu tanam anggur dh b’jwatan jadi Manager Koperasi…disebabkn saya bukakan laman ne tuk dye..TQ bebnyak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>