Selain daripada mencari peluang pekerjaan melalui sumber suratkhabar, internet dan medium pengiklanan lain, salah satu cara lain yang boleh memberi kesan positif adalah menerusi agensi pekerjaan. Bukan satu yang menghairankan jika satu hari nanti, kerjaya impian anda diperolehi menerusi bantuan agensi pekerjaan.
Secara umumnya, agensi pekerjaan berfungsi untuk mencari calon calon pekerja yang berwibawa bagi pihak majikan yang menggunakan khidmat mereka. Menerusi agensi pekerjaan juga, majikan yang ingin mengisi jawatan kosong dalam organisasi mereka boleh menjimatkan masa serta tenaga bagi mencapai objektif bisnes.
Beberapa tip berurusan dengan agensi pekerjaan:
Tanya kawan
Bersembanglah dengan rakan rakan anda dan tanya mereka jika mereka pernah menggunakan agensi pekerjaan sebelum ini. Jika ya, dapatkan pandangan dan maklumbalas mengenai mutu perkhidmatan, kepantasan serta tahap profesionalisme yang diberikan oleh jururunding dari agensi yang berkenaan kepada calon pekerja. Jika maklumbalas yang diterima adalah positif, mulakan langkah anda dengan menghubungi mereka.
Buat sedikit kajian
Selain daripada mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada rakan rakan atau saudara mara, buat sedikit kajian atau research tentang agensi pekerjaan yang ingin anda dekati. Ini boleh dilakukan dengan melawat laman web syarikat tersebut, membuat carian di laman web pencari (seperti Google, Yahoo dsb) atau menghubungi sendiri agensi pekerjaan tersebut melalui telefon. Jika anda seorang eksekutif teknologi maklumat, adakah agensi tersebut menawarkan banyak peluang pekerjaan dalam bidang kepakaran anda?
Teliti proses dan prosedur
Juga, jangan lupa untuk meneliti proses dan prosedur sewaktu berurusan dengan mana mana agensi pekerjaan. Adakah sebarang pembayaran dikenakan? Jika ada, anda MESTI berhati hati dan jangan terlalu mudah untuk menyerahkan beberapa ratus ringgit kepada mereka kerana kebanyakan daripada agensi pekerjaan yang meminta wang selalunya akan hanya akhirnya memberi berita buruk kepada anda. Jika anda dipanggil untuk temuduga, buat janji temu pada waktu dan tarikh yang sesuai untuk anda.
Jangan bergantung 100%
Dalam berusaha mendapatkan kerja, jangan hanya mengharapkan usaha anda kepada agensi pekerjaan. Sebaliknya, anggap ini sekadar alternatif. Selain daripada agensi pekerjaan, banyak lagi medium lain yang boleh memberikan hasil yang berkesan. Antaranya adalah menghubungi sendiri syarikat yang anda minati dan bertanyakan proses jika anda mahu menghantar resume anda. Selain daripada itu, luangkan masa anda untuk memperbaiki resume anda dengan mendapatkan maklumbalas daripada jururunding kerjaya serta melihat contoh contoh resume yang baik untuk dijadikan panduan.
Jangan dekati agensi pekerjaan ‘scam’
Jangan sekali kali terpedaya dengan muslihat agensi pekerjaan tidak bertauliah yang kononnya menawarkan peluang kerjaya yang ‘mudah, cepat dan lumayan’. Banyak kes kes yang melibatkan rakyat Malaysia yang diperangkap da akhirnya terjebak dengan aktiviti aktiviti tidak sihat termasuklah jenayah penyeludupan dadah. Ingat, tidak ada apa di dunia ini yang boleh diperolehi dengan terlalu mudah tanpa usaha yang gigih dan bersungguh sungguh.
Klik di sini untuk membaca tentang 10 agensi pekerjaan popular di Malaysia.
Other posts you may want to read:
- Banyak Jawatan di Johor Tidak Diisi
- 5 Tip Asas Temuduga Kerajaan
- JKR Perkenal Kerja Dari Rumah
- 20 Contoh Soalan Temuduga SPA
- Panduan Permohonan Jawatan SPA
- Masuk IPTA Dengan Prinsip Meritokrasi
- 7 Panduan Mengisi Borang Permohonan SPA8i
- 5 Sebab Kenapa Sukar Dapat Kerja
Author's bio: Zul is the founder and principal contributor for the SKOR Career blog. He is the author of two books, The Malaysian Job Seeker's Dilemma and Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji (How to Make Money Without a Job), available in major book stores nationwide. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.
If you find the article above beneficial, may we ask you to share it with your Facebook friends through this one-click button?



0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
Leave a Comment