Terengganu baru baru ini melancarkan Projek Integrasi Taman Akuakultur Udang (I-Sharp) yang bernilai RM200 juta di Setiu yang bakal menyaksikan negeri tersebut menjadi antara pengeksport utama udang harimau dan juga udang putih di negara ini dalam masa 2 tahun.
Projek besar ini akan membuka ruang perniagaan dan juga menawarkan beribu ribu peluang kerja kepada penduduk tempatan dan juga mereka yang berada di luar Terengganu yang ingin menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang berkaitan dengan perikanan dan bisnes udang.
Kira kira 1,300 jawatan kosong bakal dicipta dalam masa beberapa tahun akan datang yang merangkumi jawatan jawatan am, eksekutif dan juga kajian saintifik. Ini bermakna, peluang akan terbuka untuk mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja. Setelah beroperasi sepenuhnya, projek udang ini dijangka akan menghasilkan pendapatan lebih RM100 juta setahun menerusi eksport ke negara negara luar termasuk Jepun, Amerika Syarikat dan negara negara Eropah (Kesatuan Eropah).
Tanah seluas 1,200 hektar telah diluluskan oleh Exco Pertanian dan Industri Asas Tani untuk projek tersebut, sementara sebuah syarikat milik Khazanah Nasional Berhad , iaitu Blue Archipelago telah dilantik untuk mengurus dan menyelenggara projed dan ladang udang tersebut.
Projek I-Sharp adalah salah satu projek stimulus di bawah Pakej Stimulus Kedua untuk tahun 2009.
Other posts you may want to read:
- Kenaikan Pangkat Untuk Kakitangan Awam
- 50,000 Jawatan Kerajaan Masih Kosong
- JKR Perkenal Kerja Dari Rumah
- Guru KAFA Perlu Diserap – Cuepacs
- Cuepacs Akur Tiada Bonus Tahun Ini
- 1,281 Jawatan Kosong, Tapi Hanya 252 Daftar
- Kerajaan Mansuh PPSMI
- Gaji Pakar Keselamatan IT Tidak Setimpal
Author's bio: Zul is the founder and principal contributor for the SKOR Career blog. He is the author of two books, The Malaysian Job Seeker's Dilemma and Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji (How to Make Money Without a Job), available in major book stores nationwide. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.
If you find the article above beneficial, may we ask you to share it with your Facebook friends through this one-click button?



0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
Leave a Comment