Contoh Surat Permohonan Praktikal


4 June 2009
Share

Contoh surat permohonan praktikal:

Pengurus Sumber Manusia
AeroAsia Pacific Limited
21, One Way Street
54200 Kuala Lumpur

Tarikh: 10 June 2009

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN UNTUK LATIHAN PRAKTIKAL 2 BULAN

Saya yang bernama seperti di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar memberi peluang kepada saya mengikuti program latihan praktikal di syarikat tuan/puan selama 2 bulan bermula dari bulan Jun 2009.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya merupakan seorang pelajar jurusan Sains Teknologi Maklumat di Universiti ApaNama, Kuala Lumpur. Saya kini mengikuti pengajian tahun dua di mana salah satu syarat pelepasan akademik adalah mengikuti program latihan praktikal dengan mana mana syarikat yang memerlukan khidmat kami.

3. Setelah membuat kajian terperinci, saya dapati syarikat tuan/puan menepati ciri ciri organisasi yang mampu membangunkan modal insan dengan cemerlang, dan saya berharap pihak tuan/puan akan meneliti dan menimbangkan permohonan saya dengan teliti. Saya percaya dengan kemampuan saya untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan kearah membangunkan syarikat tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Segala kerjasama pihak tuan/puan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………
(Mat Rock bin Amy)

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKOR Career. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

3 thoughts on “Contoh Surat Permohonan Praktikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>