Cuepacs Akur Tiada Bonus Tahun Ini


24 November 2009
Share

Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Cuepacs akur dengan keputusan kerajaan untuk tidak membayar bonus 2 bulan gaji kepada lebih 1 juta kakitangan kerajaan pada tahun ini sebagaimana yang diharapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah menemui presiden Cuepacs, Omar Osman, untuk menjelaskan pendirian kerajaan, dan berjanji untuk mempertimbangkan pembayaran bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat jika keadaan ekonomi mengizinkan.

Cuepacs, menerusi presidennya, telah bermati matian dalam mendesak kerajaan untuk membayar bonus pada tahun ini dan berharap satu pengumuman gembira akandilakukan sewaktu pembentangan Bajet 2009 yang berlangsung pada bulan Oktober yang lalu. Malah, Omar dilihat begitu optimistik bahawa permintaan bonus pada tahun ini akan berjaya mendapat restu daripada kerajaan.

Dalam respon kepada tuntutan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mendakwa permintaan tersebut sebagai satu perbuatan yang ‘salah dari segi moral’ memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan masih dalam proses pembaikpulihan.

Menurutnya, jika kehendak tersebut dipatuhi, kerajaan terpaksa menanggung hutang sehingga berjuta juta ringgit dengan pihak luar. Perdana Menteri juga mahu kakitangan kerajaan mengambil iktibar dengan situasi yang melanda sektor swasta yang menyaksikan beribu ribu pekerja yang kehilangan kerja akibat kegawatan ekonomi.

Walaupun Cuepacs akur dengan keputusan tersebut, ramai kakitangan kerajaan dijangka akan kecewa dengan kegagalan badan yang menaungi mereka, dan mungkin akan menjadikan Cuepacs sebagai ‘kambing hitam’ kerana kelakuan wakilnya yang dilihat seolah olah permintaan mereka pasti ditunaikan.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKOR Career. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>