Contoh surat tawaran/lamaran kerja:
Diana Syafikah Daniel
IC: 850620-01-5344
Tarikh: 25 Mei 2009
Cik Diana Syafikah Daniel,
Sukacita kami tawarkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir kepada anda dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu alukan. Terma dan syarat syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:
1. Tempoh kontrak
Tempoh kontrak adalah setahun, bermula dari 1 Jun 2009 sehingga 31 Mei 2010. Penyambungan kontrak, jika perlu, akan dibincangkan sebelum tamatnya kontrak. Anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan.
2. Gaji
Gaji yang ditawarkan adalah RM800 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM1000 sebulan selepas tempoh percubaan. Kenaikan atau perubahan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.
4. Cuti tahunan
Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari setahun yang diberi secara pukul rata (pro-rated). Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.
5. Hari dan waktu bekerja
Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dan syarikat. Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan dimaklumkan kepada anda.
6. Tugas dan tanggungjawab
Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberi. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk merujuk kepada pihak pengurusan.
7. Penamatan kontrak
Sepanjang tempoh kontrak ini, kedua dua pihak boleh menamatkan kontrak melalui pemberian notis 1 bulan lebih awal.
Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi organisasi ini.
Yang benar,
…………………………………………..
Pengurus
Pengakuan dan penerimaan
Saya …………………………………………, nombor IC ………………………………. dengan ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.
Tandatangan : ………………………………..
Tarikh : ………………………………..
Salam, mohon kongsi di blog saya. Saya sertakan credit ke post ini semula.
Pingback: Contoh surat kerja – contoh surat tawaran kerja - Afiffuddin.Com
saya memerlukan contoh surat “extension of employment contract” dalam BM untuk pekerja saya.