Nampaknya aspek keselamatan teknologi informasi (IT security) di negara ini dilihat tidak terlalu diambil peduli apabila banyak majikan didapati membayar gaji yang tidak setimpal dengan tahap kelayakan pakar IT yang diambil bekerja. Keadaan tersebut mengundang kepada fenomena ‘melompat kerja’ oleh mereka yang berada dalam bidang berkenaan dengan harapan untuk mendapat gaji yang lebih lumayan.
Kenyataan diatas dikeluarkan oleh David Michaux (sumber), Pengarah Urusan HITB Jobs, yang juga merupakan pemilik kepada konferens keselamatan IT terbesar di Timur Tengah, HITBSecConf.
Fenomena lompat kerja kerap berlaku dan ramai diantara mereka yang sanggup bertukar kerja walaupun ditawarkan gaji baru yang hanya RM200 atau RM300 lebih daripada gaji yang diterima pada masa ini. Kesan negatif daripada kejadian ini akan menimpa kedua dua majikan dan pekerja kerana majikan akan kehilangan pekerja yang mengendalikan data sulit manakala pekerja pula bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengembangkan kerjaya dan memegang jawatan yang lebih tinggi.
Menurut David lagi, beliau telah mengkaji perbezaan gaji antara pakar keselamatan IT di negara ini dengan mereka yang bekerja di Timur Tengah dan mendapati perbezaan yang amat ketara antara keduanya. Ternyata, gaji yang diterima oleh pekerja di Malaysia adalah jauh lebih rendah meskipun tahap kesukaran yang terpaksa dilalui oleh mereka adalah hampir sama dengan mereka yang bekerja di Timur Tengah. Bayaran gaji yang kurang setimpal ini tidak menepati taraf global dan boleh mematahkan usaha Malaysia untuk menjadi sebuah hub IT yang dikenali di Asia.
Sebenarnya, masalah gaji rendah bagi pekerja di Malaysia ini bukanlah satu permasalahan yang baru. Malah, ia bukan hanya melanda negara ini tetapi kebanyakan negara negara yang berada di rantau Asia. ZDNet Asia pernah membuat kajian pasaran berkenaan dengan gaji dan pendapatan oleh eksekutif IT di rantau ini dan mendapati rata rata pekerja IT di benua Asia seringkali menerima gaji yang rendah berbanding mereka yang memiliki kerjaya yang same di tempat tempat lain seperti di Amerika Syarikat, Australia dan juga di benua Eropah.
Other posts you may want to read:
- Kenaikan Gaji Lebih Kecil
- Banyak Jawatan di Johor Tidak Diisi
- Kenaikan Pangkat Untuk Kakitangan Awam
- JKR Perkenal Kerja Dari Rumah
- Guru KAFA Perlu Diserap – Cuepacs
- Melaka Tawar 4,000 Peluang Kerja
- 5 Sebab Kenapa Sukar Dapat Kerja
- 1,281 Jawatan Kosong, Tapi Hanya 252 Daftar
Author's bio: Zul is the founder and principal contributor for the SKOR Career blog. He is the author of two books, The Malaysian Job Seeker's Dilemma and Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji (How to Make Money Without a Job), available in major book stores nationwide. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.
If you find the article above beneficial, may we ask you to share it with your Facebook friends through this one-click button?



0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
Leave a Comment