Guru KAFA Perlu Diserap – Cuepacs

Share

Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) telah menggesa kerajaan Malaysia untuk menyerap lebih 30,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap untuk menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik kepada guru guru terbabit.

Menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan mereka juga akan lebih terbela dan mereka akan lebih fokus untuk meneruskan khidmat membimbing murid murid tanpa memikirkan tentang kontrak yang mungkin tidak disambung. Apabila kontrak tidak disambung, pelbagai masalah akan timbul termasuklah kesukaran untuk membayar ansuran pinjaman atau kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan.

Lebih mengejutkan, badan itu juga mendakwa sebilangan daripada guru KAFA telah berkhidmat secara kontrak selama lebih dari 20 tahun.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, menegaskan bahawa usaha dan titik peluh guru guru KAFA tidak harus diperlecehkan kerana mereka banyak memberi sumbangan dalam membentuk dan membimbing kanak kanak sekolah ke arah jalan yang betul.

Buat masa ini, guru guru KAFA di seluruh Negara berkhidmat menerusi ikatan kontrak yang menyebabkan mereka tidak layak untuk menerima faedah faedah yang diterima oleh pemegang jawatan kerajaan yang tetap yang lain. Antara faedah faedah yang terpaksa dilupakan adalah kemudahan perubatan, pinjaman perumahan, cuti ibadah haji dan sebagainya.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKORCAREER. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

17 thoughts on “Guru KAFA Perlu Diserap – Cuepacs

  1. AHMAD

    Kenyataan Cuepac itu adalah benar.Banyak kemudahan pekerja tidak dapat di perolehi oleh guru Kafa. Bagi Guru Kafa bukan tugasan guru sahaja perlu mereka selesaikan bahkan tukang kebun, kerani sekolah, tukang cuci tandas dan lain-lain lagi perlu diselesaikan.Dengan pendapatan RM 500.00 itu memang anak muda sukar untuk tertarik dengan jawatan tersebut.Sayangnya yang menyintai jawatan tersebut tidak dihiraukan kebajikannya.Terima kasih untuk Presiden Cuepacs kerana menyuarakannya.Bayangkanlah bagi guru veteran dalam lingkungan umur 60 ke atas (tidak mendapat lantikan Jakim) hanya berpendapatan RM 300 – Rm 200 elaun daripada sekolah menjalankan tanggungjawap tersebut.

    Reply
  2. munah

    asalamuakum pada yang membaca artikal ini semoga anda berada didalam kerahmatnyan. saya terpanggil untuk memberi sedikit komen berkaitan dengan guru KAFA ini dimana saya dapati mereka2 ini kebanyakan nya dah berusia terdiri daripada bekas2 pesara tak kir dari jabatan mana pun. kalau dikaji mereka ini mendapat pencen yang terlalu rendah, dari situlah mereka2 ini mencari sedikit wang tambahan dengan menjadi guru kafa kontrak disamping menabur bakti untuk anak buah dikariah masing2.nampaknya mereka ini jenis orang tak berkira kerja masa dan wang . kalau anak murid tak dapat datang siang hari mereka akan mengajar malam asalkan tanggongjawab dapat dilaksanakan.syabas diucapkan kpd. presiden cuepecs diatas prrihatin beliau kpd warga yang berusia dimana masih mampu menabur bakti kepada anak bangsa mu sendiri

    Reply
  3. gadis prihatin

    salam..sy juga terpanggil utk memberi pandangn di sini..utk pengetahuan, sy juga pernah menjadi guru KAFA secara smbilan dahulu.ketika itu sy sedang menunggu kputusan SPM..ingin d nyatakan d sini ialah pd masa kini bkn shj pesara2 yg menjadi guru KAFA.ader juga anak2 muda yg berminat utk menjd guru KAFA.ttp oleh kerana faktor pekerjaan yg tidak dapat menjamin sepenuh nya masa depan, jd tidak semua anak2 muda sgup memikul tgjwp sbg guru KAFA. harap2 kerajaan mgambil tindakan yg sewajar nya dgn mengambil kebajikan guru2 KAFA ini krn jasa mereka tidak kurang hebat nya.tanpa mereka mendidik anak2 muda dgn pengetahuan agama, maka sudah tentu generasi akan dtg akan ketandusan ilmu agama.silap2 haribulan nk mengenal alif bata pun susah..

    Reply
  4. paly

    kenapa nasib guru KAFA di johor tiada pembelaan. wajarkah cuti bersalin untuk guru KAFA tiada… kenapa GAJI guru KAFA di tolok untuk membayar semula elaun ketika cuti bersalin…. dahlah gaji sikit kena tolak lagi??? mcm maner nak hidup dengan keadaan ekonomi sekarang…..

    Reply
  5. adlyana

    biase lah dunia sekarang kalau bab agama ni kurang diambil perhatian lebih penting kan hal dunoa dr akhirat…
    kpd guru2 kafa johor..kuat semangat yea…!
    same2 la kte menunggu katenye jawatan kite ini hendak diserap..aminn mudah-mudahan.

    Reply
  6. HAMBA ALLAH

    Saya guru kafa johor. Jangan nk mimpilh jawatan guru kafa nak diserap. Duit rm100 yang dijanjikan tu pun sampai sekarang pun takde.Inikan pulk jawatan nak diserap. Mmg takdelah.Dia org ni cuma pandai janji jer. Ini ke pemimpin yang di sanjung sangat tu. Mana dia yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN ……………… SUDAHLAH…………. PEMIMPIN TAK BOLEH PAKAI…

    Reply
  7. siti

    kabanyakan guru kafa x de kalayakan akedemik sbab sklah agama yang bkan bwh kerajaan tapi mereka semua layak utk mengajar anak2 kecil. saya guru kafa yang x blh lari jauh dari kafa… pernah kerja tapi… mcm x berkat.. walaupun dgn kafa hanya bergantung pada elaun sahaja.. saya amat susah hati kalau kafa diserap kerana saya x de kelayakan sijil.. tapi saya dah ngajar kafa 7 thun.. bukan x nak smbung belajar tapi kewangan

    Reply
  8. Saharudin bin Salih

    Assalamualaikum, saya seorang guru KAFA yang masih berkhidmat sejak 6tahun di Pontian,Johor juga seorang mahasiswa universiti,ingin meluahkan rasa hati yang begitu kecewa kerana kerajaan negeri seperti memandang sepi terhadap kebajikan kami contohnya baru-baru ini kami hanya memandang sahaja guru-guru agama(Sekolah Agama Kerajaan Negeri) mendapat habuan bantuan hari raya sebanyak RM500. Selain itu banyak keistimewaan dan kemudahan tidak dapat kami nikmati selama ini sedangkan kami juga bertugas di sekolah agama yang sama, diwajibkan memakai pakaian seragam mengajar walau kos pakaian tersebut ditanggung oleh kami sendiri. Segala arahan yang ditetapkan oleh bahagian pendidikan jabatan agama seperti membuat buku persedian mengajar, masa mengajar dan majlis-majlis rasmi kerajaan turut kami sertai bagi menjayakan visi dan misi kerajaan negeri. Adakah ini tidak cukup lagi pengorbanan untuk dinilai oleh pihak-pihak berkenaan? Saya difahamkan adanya peruntukan yang banyak oleh JAKIM dan kerajaan negeri terhadap kami. Tetapi kemanakah wang tersebut dialirkan? Bayangkan dengan pendapatan yang kecil, bagaimana kami hendak meneruskan hidup? Sedangkan Guru Tadika Agama Negeri(TAJ) telah dinaik taraf ke Gred DB17 sudah tentu gaji mereka lebih besar dan banyak keistimewaan dinikmati oleh mereka.

    Reply
  9. halimatun

    salam semua…bukan saja di negeri johor yg tak dapat alaun semasa bersalin rasanya semua negeri sama.kami lagi lah rasa terseksa dengn kenaikan alaun rm800 ni..guru besar ambik kesempatan dengan mengenakan bayaran balik sebanyak rm60 untuk sehari cuti..dan menyalahgunakan duit pengurusan sekolah…harap pas ni keajaan serap terus guru kafa agar nasib kami terbela…

    Reply
  10. salim

    assalamualaikum.
    saya bersetuju dengan cadangan presiden cuepacs. guru KAFA yg sanggup bekorban berdakwah kerana agama tetapi tidak dijamin masa hadapan mereka. saya pasti mereka mengajar anak-anak kita demi agama, bangsa dan negara. bukan kerana elaun rm400-rm500 yg diberikan oleh sekolah. saya mengharapkan pihak-pihak yang terbuke hati akan membantu guru-guru kafa ini untuk diserap. jangan aniaya pendakwah-pendakwah.

    Reply
  11. heedayah

    Jawatan guru kafa ni mmg patut diserap kpd jwtn tetap. Sy juga guru kafa. Elaun sikit bkn titik tolak utk kita gru-gru kafa mnjalankan tugas dgn penuh tjwb. Keberkatan yang harus kita cari. Alhmdlh….skrg ni elaun dh pun dinaikkan spt yg djanjikan. Sikit2 lama2 jd byk. Semakin byk elaun kita, semakin byk kberkatan yang kita dapat, insyaAllah….. Kepada semua gru kafa seluruh Malaysia…Tunjukkan komitmen dlm tugas, InsyaAllah tak kan sia2…..Salam….

    Reply
  12. PENYELIA KAFA

    keluhan dan masalah anda sekalian, telah dimajukan sejak sekian lama lagi… harapan dengan pemimpin kita yang baru, keadaan anda semua terbela… InsyaAllah, masih ada sinar walau sejak sekian lama menanggung masalah…

    Reply
  13. penyelia

    mudah2an segala rungutan diambil pertimbangan..namun usaha sbgi pendidik wajib diteruskan. didiklah anak2 bangsa dan seagama sehingga menjadi anak2 yg soleh. harapan kita agar mereka mengamalkan apa yg kita ajar. dan bekalannya akan kita bawa ke dunia yg abadi..
    kita kena selalu bermuhasabah diri…dgn rezeki yg kita perolehi…semoga diberkati..

    Reply
  14. srar

    cuba berikan kepada guru2 kafa ni status tetap s17 dan dapat menikmati keistimewaan dan kelebihan. ni tiada keistimewaan lansung sedangkan banyak berjuang untuk membangunkan negara….tolong ambik berat rungutan guru kafa ni..

    Reply
  15. dania

    nasib guru kafa sehingga hari ini tidak terbela… perlukah kita mengundi kerajaan yang memerintah hari ini untuk pilihanrayaa akan datang? fikir2 dan renung2 kan lah.. sedangkan tukang sapu (pembantu ama rendah) pun ada gred gaji n menikmati faedah2 seperti penjawat awaam yg lain.. lagi kan kte yang duk mengajar ilmu pada anak2 bangsa langsung tdk aada menikmati faedah… bonus lagi lah.. sedangkan negeri pmbangkang selangor n penang baru2 ni menikmati bonus tp kami negeri BN ada dapat ker?? fikir2 dan renung2 kanlah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>