Peluang Kerjaya Bersama BSN

Share

Bank Simpanan Nasional adalah sebuah bank yang bertapak di negara ini sejak kurun ke-19 dan ditubuhkan dengan misi untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan taraf hidup rakyat Malaysia dengan menggalakkan pelaburan, penyimpanan dan amalan pengurusan Kewangan yang baik.

BSN kini menawarkan beberapa jawatan kosong yang perlu diisi oleh calon calon yang berkelayakan. 3 Jawatan kosong yang ditawarkan buat masa ini adalah:

1. Pengurus Perancang Kewangan (seluruh negeri)

Tanggungjawab:

  • Menjalankan pelan dan strategi pelaksanaan kewangan bagi produk perbankan konsumer yang disalurkan melalui pasukan jualan di bawah kawasan jagaan.
  • Mengkoordinasikan rancangan perniagaan dan strategi jualan bagi memperkembangkan sasaran serta menguruskan prestasi sebenar pasukan jualan selaras dengan matlamat perniagaan.
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar sebagai seorang pemimpin mengenai keberkesanan pengurusan harta berlandaskan nilai perbankan dengan menawarkan kaedah untuk menangani persaingan.
  • Menentukan prestasi jualan seiring dengan kemampuan dan kebolehan pasukan jualan dengan mengenal pasti keperluan pembangunan dan bantuan mekanisme yang perlu diadakan.
  • Peneraju utama dalam menanam dan mendorong usaha bagi memastikan kualiti keseluruhan pekhidmatan Bank dengan memberi sumbangan pendapat ke atas kempen pemasaran bertujuan memperkembangkan liputan pasaran.
  • Membantu dalam penyediaan bajet jualan dan laporan bulanan prestasi potfolio wealth management yang diperlukan untuk analisis pengurusan.

Kelayakan :

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sijil profesional dalam apa juga bidang daripada institusi penggajian tinggi yang diiktiraf.
  • 10 tahun pengalaman dalam industri kewangan dan 5 tahun dalam pengurusan kapasiti pelaburan atau bidang pemasaran yang berkaitan.
  • Berfikiran kreatif dan dan sentiasa memperlihatkan sikap yang positif.
  • Bijak mencari jalan penyelesaian, mempunyai daya kepimpinan untuk mengetuai sesebuah kumpulan.
  • Berkebolehan tinggi sebagai jentera penggerak budaya prestasi jualan.

2. Pengurus Pinjaman Mortgage (seluruh negeri)

Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab untuk membina, mengurus, memperoleh dan mengenal pasti peluang perniagaan mortgage bagi mencapai sasaran serta membawa perniagaan ke satu tahap yang baru.
  • Berperanan sebagai pemangkin dalam penembusi saluran pemaju dan hartanah dengan mengadakan hubungan kerjasama yang baik.
  • Membimbing, memperkembang serta memotivasi pasukan jualan bertujuan bagi mengenal pasti potensi mereka dalam memaksimumkan peluang jualan untuk Bank.
  • Menjalankan pelaksanaan strategi jualan, pelan dan rancangan secara effektif bagi mencapai sasaran dan matlamat jualan.
  • Membangun, mengkaji semula, menyelia dan mencadang penambah baikan pada corak produk pinjaman dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kelayakan :

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sijil profesional dalam apa juga bidang daripada institusi penggajian tinggi yang diiktiraf.
  • 10 tahun pengalaman dalam industri kewangan dan 5 tahun dalam pengurusan kapasiti pelaburan atau bidang pemasaran yang berkaitan.
  • Berkebolehan berkomunikasi, memiliki kemahiran dalam bidang jualan dan pemasaran.
  • Mampu memotivasi, memimpin, merangsang dan membimbing ahli kumpulan untuk mencapai sasaran jualan.
  • Proaktif, dinamik, bermotivasi dan berteraskan hasil capaian.

3. Pengurus Pinjaman Konsumer (seluruh negeri)

Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab dalam mengetuai dan merancang aktiviti operasi perniagaan bagi memastikan objektif kewangan Bank dapat dicapai.
  • Membangun dan menganalisa strategi pemasaran terbaik serta memperkukuhkan rangkaian liputan dengan mengenal pasti potensi pasaran untuk ditembusi serta meletakkan taraf sebagai produk yang diidamkan.
  • Menangani risiko berkaitan pinjaman peribadi bertujuan untuk mengawalselia keuntungan dan reputasi Bank.
  • Mengkaji semula rancangan produk pinjaman peribadi dan membuat penambah baikan ke atas operasi serta hal yang melibatkan teknologi terkini.
  • Menyelia prestasi produk serta sentiasa dari masa kesemasa memperbincangkan mengenai pencapaian jualan, kuota dan objektif sebagai matlamat untuk menjana hasil keuntungan.
  • Menyemak semula perjanjian pinjaman bagi menjamin ianya lengkap dan tepat berlandaskan polisi serta memastikan pematuhan yang tegas dalam setiap urusniaga.

Kelayakan :

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sijil profesional dalam apa juga bidang daripada institusi penggajian tinggi yang diiktiraf.
  • 10 tahun pengalaman di dalam industri kewangan dan 5 tahun dalam peringkat pengurusan pemasaran.
  • Kebolehan berkomunikasi serta mempunyai kepakaran sebagai perunding dan pakar rujuk.
  • Berkemahiran tinggi dalam bidang khidmat pelanggan, jualan dan pemasaran.
  • Berfikiran analitik, sentiasa bertindak ke arah mencapai sasaran dan berkebolehan untuk berinteraksi dengan semua peringkat golongan.

Calon yang berminat boleh mengisi borang permohonan jawatan kosong BSN secara talian di sini. Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna berdaftar untuk memohon.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKOR Career. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>