Melaka Tawar 4,000 Peluang Kerja

Share

MELAKA 27 Jun – Kira-kira 2,380 penganggur di negeri ini digesa segera mengisi kekosongan lebih 4,000 jawatan pekerjaan daripada pelbagai bidang pada masa ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkembangan itu dipercayai berlaku ekoran sikap gemar memilih pekerjaan di kalangan golongan terbabit menyebabkan mereka gagal memperoleh pekerjaan ketika ini.

”Kita dapati kebanyakan kerja kemahiran pada masa ini semakin dikuasai oleh rakyat asing. Misalnya di Melaka sendiri, kedai-kedai gunting rambut banyak diusahakan oleh rakyat warga India.

”Bila kita tanya belia India mengapa tidak mahu libatkan diri dalam perniagaan gunting rambut, mereka beri alasan kerja tersebut tidak ada kelas dan tidak memenuhi cita rasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Program Penempatan Pekerjaan peringkat negeri di sini hari ini.

Program dua hari anjuran Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) negeri itu disertai 53 agensi dan syarikat swasta dengan menawarkan lebih 4,000 peluang pekerjaan khususnya dalam bidang industri.

Ia berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Daripada jumlah kekosongan kerja itu, 1,614 kerja adalah dari sektor perkilangan, 654 sektor perkhidmatan, 436 sektor perbankan manakala 696 kekosongan jawatan yang ditawarkan dari pelbagai agensi pekerjaan swasta.

Selain itu, kata Mohd. Ali, Melaka tidak mempunyai masalah mengenai ketiadaan peluang pekerjaan tetapi lebih kepada masalah kekurangan pekerja bagi mengisi kekosongan pekerjaan sedia ada.

Masalah itu, katanya, memaksa sesetengah majikan di negeri mengambil pekerja luar dari Melaka bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

”Saya bimbang masalah kekurangan pekerja ini akan bertambah serius apabila kita bakal membuka kilang Sunpower Malaysia Manufacturing (Sunpower) di Rembia memandangkan kilang itu memerlukan lebih 7,000 pekerja untuk beroperasi,” katanya.

Sementara itu, kata Mohd. Ali, berdasarkan laporan JTR negeri sejak Ogos tahun lalu hingga Mei lalu, sebanyak 1,359 pekerja terlibat dengan kes pengurangan pekerja oleh majikan manakala kira-kira 3,680 pekerja terbabit dengan kes penutupan syarikat.

Katanya, sepanjang tempoh sama, kira-kira 1,351 pekerja mengambil keputusan berhenti kerja secara sukarela. – Utusan Malaysia.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKORCAREER. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

5 thoughts on “Melaka Tawar 4,000 Peluang Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>