JKR Perkenal Kerja Dari Rumah


22 December 2009
Share

Jabatan Kerja Raya, JKR menjadi antara jabatan kerajaan paling awal yang memperkenalkan konsep ‘work from home’ setelah melancarkan satu program eksperimen atau ‘pilot program’ yang akan menyaksikan 39 pelukis pelan (draughtsman) bekerja dari rumah sendiri bermula bulan depan.

Program pilot ini, yang rata rata disambut baik oleh masyarakat Malaysia, akan berlangsung selama 3 bulan dengan tujuan untuk mengurangkan kos, menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada pekerja untuk membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

Jika ia berkesan, Kementerian Kerja Raya yang menaungi JKR bakal meluaskan implementasi tersebut kepada kakitangan yang lain. Malah, ia mungkin merintis kepada fenomena kerja dari rumah dari jabatan dan kementerian lain sekiranya program ini mencapai kejayaan seperti yang telah diamalkan di negara negara maju. Semalam, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak masih berkira kira jika ini boleh dijadikan dasar baru kerajaan.

Antara negara yang telah melaksanakan program bekerja dari rumah dengan berjaya adalah United Kingdom, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah.

Pelukis pelan dipilih untuk program ini berdasarkan kepada ciri ciri kerja itu sendiri yang banyak menyaksikan pekerja meluangkan masa di hadapan computer dan membuat perancangan di meja sendiri. Dalam program pilot ini, mereka hanya perlu untuk menghadirkan diri ke pejabat sekali sahaja dalam seminggu untuk berjumpa dan membincangkan progres kerja bersama penyelia.

Ada diantara 39 orang pekerja yang terlibat telahpun berkhidmat dengan JKR selama hampir 30 tahun.

Selepas ini tiada yang boleh menyangkal bahawa anda boleh buat duit dengan hanya bekerja dari rumah.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKOR Career. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>