Kerajaan Mansuh PPSMI


8 July 2009
Share

Kerajaan hari ini mengumumkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Desakan daripada pelbagai pihak memaksa kerajaan untuk akur dan kini akan membayar dengan harga yang mahal berikutan pelaburan berjuta juta ringgit sejak dasar tersebut mula diperkenalkan beberapa tahun yang lepas.

Berikutan itu juga, kedua dua matapelajaran tersebut akan kembali diajar dalam bahasa Melayu dan juga bahasa ibunda di sekolah sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bermula pada tahun 2012.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga memegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran, setelah mendapat persetujuan kabinet.

Pemansuhan PPSMI melibatkan pelajar tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat, manakala untuk pelajar tingkatan enam dan matrikulasi, pengajaran dalam Bahasa Inggeris akan masih dikekalkan.

Share
This entry was posted in Malay Section on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKOR Career. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>