Tip Lulus Temuduga Kerajaan (SPA)

Share

Tip lulus temuduga kerajaan

Pada tahun 2006, kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan gaji terhadap pekerja pekerja dalam sektor awam diikuti dengan satu lagi kenaikan pada tahun berikutnya. Dalam masa yang sama, banyak pengenalan insentif dan faedah lain yang telah dilakukan bagi memastikan nasib pekerja di sektor kerajaan terus terbela dan meningkatkan minat orang awam untuk membina kerjaya bersama kerajaan. Antaranya adalah pengenalan elaun sara hidup (COLA), skim pembelian aset, cuti, kemudahan pinjaman, faedah pencen dan lain lain.

Implementasi positif yang diperkenalkan oleh kerajaan ternyata membawa kesan yang mendadak kearah minat dan pembinaan kerjaya di sektor awam. Jika dahulu, kerja kerajaan dianggap ‘murah’ kerana gaji dan insentif yang kurang kompetitif berbanding sektor swasta. Kini persepsi tersebut adalah sejarah semata. Secara tiba tiba, jawatan kerajaan yang selalunya dianggap membayar gaji kurang kompetitif berbanding kerjaya di sektor swasta mula mendapat perhatian dan ini mencetuskan fenomena perebutan jawatan kerajaan di kalangan calon.

Satu rekod statistik telah tercatat pada tahun 2007 apabila sejumlah lebih 700,000 permohonan jawatan diterima untuk mengisi kira kira 38,000 jawatan kerajaan di pelbagai jabatan dan kementerian di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, hanya separuh sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga, dan daripada separuh yang ditemuduga ini, hanya 5% sahaja daripada jumlah pemohon yang ditawarkan jawatan.

Satu kesimpulan ketara yang boleh dibuat dari statistik di atas adalah, kerjaya di dalam sektor kerajaan adalah amat kompetif dan jika anda tidak melengkapkan diri anda dengan kelebihan dan pengetahuan yang secukupnya, cita cita anda mungkin hanya sekadar mimpi sahaja.

Untuk orang yang berinisiatif

Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan adalah panduan yang ditulis untuk memberikan anda kelebihan ke atas calon calon lain yang mahu membina kerjaya bersama kerajaan. Sehingga kini, panduan yang ditulis dalam bentuk ebook (PDF) ini dianggap sebagai panduan yang paling lengkap dan komprehensif dalam pasaran dan dipakejkan khas bagi calon yang mempunyai inisiatif untuk melebarkan peluang  melangkah kaki ke sektor awam.

Apa yang membezakan panduan ini dengan sumber sumber lain adalah ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri serta lebih 100 calon yang telah berjaya dalam temuduga dan kini memegang pelbagai jawatan di sektor kerajaan. Ia juga bukan ditulis secara hentam semberono tetapi digarap secara terperinci menerusi kajian mendalam yang memakan masa lebih enam bulan. Bukan itu sahaja, pakej ini juga didatangkan dengan panduan panduan tambahan termasuklah lebih 50 contoh soalan dan jawapan, koleksi kisah kisah sebenar temuduga kerajaan, teknik betul menjawab soalan temuduga dan juga sokongan menerusi emel.

Bagaimana panduan ini akan membantu anda?

Selepas membaca panduan ini, anda akan menyedari bahawa memulakan kerjaya bersama sektor kerajaan bukanlah berpaksikan kepada ‘kabel’ besar, kelulusan dari universiti di luar negeri, pengalaman yang lebih, jumlah bilangan anda ditemuduga dan sebagainya tetapi ia lebih kepada persediaan, perancangan strategi dan pengetahuan yang secukupnya tentang proses pengambilan pekerja di sektor awam.

Oleh kerana ilmu yang didedahkan dalam panduan ini tidak dikongsikan oleh mana mana sumber yang lain, cukup untuk menyatakan bahawa anda akan memberikan diri anda peluang setidak tidaknya 10 kali ganda berbanding mereka yang tidak menemukan panduan ini. Ia akan memberikan anda satu unsur kelebihan, kerana apa yang bakal anda tahu memberikan satu ‘ketidakadilan’ kepada calon lain. Jika anda inginkan kelebihan dan ‘ketidakadilan’ ini, maka panduan ini adalah untuk anda.

Panduan ini disediakan dalam bentuk ebook (format PDF) yang akan dihantar ke alamat emel anda sebaik sahaja pengesahan pembayaran dilakukan. Anda boleh mencetak atau menyimpannya di dalam hard drive komputer anda untuk dijadikan panduan, terpulang kepada kemahuan dan keperluan anda.

Klik di sini untuk melihat lebih lanjut tentang panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan dan mengetahui cara cara pembelian.

Share
This entry was posted in All Things Malaysia on by .

About Zul

Zul is the principal contributor of SKORCAREER. He has featured in other media and publications that include, among others, Reader's Digest, The Star, JobStreet.com, Men's Health, WorkAwesome.com and DailyBlogTips.com. You can reach him at zulkiflimusa[at]gmail.com.

One thought on “Tip Lulus Temuduga Kerajaan (SPA)

  1. Pingback: Senarai Panduan Dan Tips Temuduga | Ideas.Think.Share

Comments are closed.